#footer-column-container { clear:both; } .footer-column { padding: 10px; }
MySpace Graphics
zwani.com myspace graphic comments
Showing posts with label Pantera Tigris. Show all posts
Showing posts with label Pantera Tigris. Show all posts

Sunday, June 13, 2010

Tuesday, June 8, 2010

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.

Akta ini merupakan undang-undang siber yang terpanjang antara keenam-enam undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini. Selain daripada Akta ini, lima Akta lain berkaitan adalah Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997, Akta Hakcipta Pindaan 1997 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mempunyai 282 seksyen dan satu jadual. Akta ini digubal pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Agung pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999 (kecuali seksyen 157, 159, 160, 161,162, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 176, 178, 197 dan 198 [P.U.(B) 128/99]; pada 1 April 2000: seksyen 157, 159, 160, 161, 162, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 176 dan 178 [P.U.(B) 106/2000]; 1 Mac 2002: seksyen 197 dan 198 [P.U.(B) 66/2002])

Tuesday, June 1, 2010

HoLD My HaND

I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore
Heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair
Now we share the same bright sun

The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
So hold my hand

There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Bilal Hajji
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain
Copyright: Awakening Records 2009

Monday, May 31, 2010

Jual-Beli Atas Talian (Online): Kebaikan dan Keburukannya

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, dunia berputar seiring dengan peredaran masa. Pelbagai bentuk kemajuan telah dicapai dan dikecapi oleh segenap lapisan masyarakat. Dengan kewujudan era teknologi, segala urusan dapat dijalankan dengan mudah dan pantas. Salah satu kemajuan yang dicapai dalam era teknologi masa kini ialah pengaplikasian internet dalam kehidupan seharian. Perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi ini telah merubah corak kehidupan manusia. Istilah 'dunia di hujung jari' sering digunakan bagi menggambarkan situasi tersebut. Menerusi penggunaan internet, segala urusan harian boleh dilakukan secara atas talian (online). Hal yang demikian termasuklah urusan pembayaran bil dan cukai, menghubungkan seseorang individu dengan dunia luar dan menjalankan urusan jual-beli.

'Jual-beli' secara online merupakan konsep yang kian mendapat tempat dalam kalangan para peniaga dan pembeli di negara ini. Antara produk-produk yang ditawarkan dalam perniagaan internet ini termasuklah produk kecantikan, kesihatan, pakaian, aksesori dan sebagainya. Pelbagai laman sesawang telah diwujudkan oleh para peniaga bagi memasarkan produk-produk keluaran syarikat mereka untuk memudahkan para pembeli membuat pilihan. Meskipun kaedah jual-beli atas talian ini dilihat mendatangkan banyak manfaat kepada pihak penjual mahupun pembeli, namun terdapat beberapa keburukan yang dapat dilihat menerusi perlaksanaannya.

2.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk:

2.1 Mengenal pasti sama ada barang yang di tempah selamat sampai seperti yang dijanjikan atau tidak.

2.2 Mengetahui sebab-sebab jual beli atas talian masih menjadi pilihan sesetengah pihak walaupun terdapat risiko.

2.3 Mengenalpasti sama ada kualiti barang yang diperolehi sama seperti yang dijanjikan.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah:

3.1 Resensi perpustakaan
~ Resensi ini akan diperolehi melalui pembacaan buku, majalah,tesis,jurnal dan bahan lain.

3.2 Borang soal selidik

~ Borang tersebut mempunyai beberapa soalan berkaitan dengan jual beli atas talian.
borang berkenaan akan diedarkan kepada para pelajar di UKM untuk mengetahui
pendapat mereka terhadap jual beli secara atas talian.

4.0 SKOP KAJIAN

Dalam penyelidikan ini, penyelidik memilih skop kajian yang terdiri daripada 30 hingga 50 orang pelajar UKM.

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Pendahuluan
5.2 Definisi
5.3 Kebaikan jual beli atas talian
5.4 Keburukan jual beli atas talian
5.5 Pandangan orang ramai tentang jual beli atas talian

6.0 KESIMPULAN

Jual beli atas talian merupakan satu perkara yang mempunyai kebaikan dan keburukan. Oleh itu, pengguna haruslah bijak dalam membuat pilihan sekiranya mereka ingin membeli barang secara atas talian. Justeru itu, pembekal seharusnya memenuhi kehendak pengguna dan juga memberi barangan kepada pengguna seperti yang telah dijanjikan.

7.0 RUJUKAN

8.0 LAMPIRAN

Thursday, May 27, 2010

PuTeRi PaNTeRa TiGRiS

~NUR AQILAH BINTI SAMSUL RIJAL~
A123622

Jika ku punya madah yang indah..
Akan ku tulis namaku Nur Aqilah..
Pemberian kasihnya seorang ayah..
susunan yang merdu gemersik ghazal..
Inilah syair Nur Aqilah Samsul Rijal..

Syair ku buka berkisah keluarga..
Tujuh beradik dibesar dijaga..
Aku yang ke-lima cukup bahagia..
Bersama kasih keluarga yang setia..
Bertemu sakan berkumpulnya ceria..

Batu Gajah daerah ku tercinta..
Negeri Perak yang penuh nan cerita..
Di situ jugalah bermulanya kisah..
Di bulan Oktober lahirnya Nur Aqilah..
Dua puluh dua tahun membesar sudah..

Dari ku kecil hinggalah sekarang..
Senyumku manja sikapku periang..
Tampilku mesra hatiku penyayang..
Fahamku mudah lantaran ku mengerti..
Makanya Jarang ku mengambil hati..

Bertanya temanku apa yang ku sayang..
Jawapku mudah jelas dan terang..
Hanya satu yang membawa tenang..
Melihat anak kecil bermain riang..
Mengingatkan aku zaman yang hilang..

Semoga terhibur semoga tersenyum..
Tersalah tulis ku mohon diampun..
Tamatlah sudah syair Nur Aqilah..
Bukanlah indah tak sehebat pun madah..
Cuma bicara ikhlas seorang muslimah..

~AZIZAH BINTI MD ISA~
A 124747

Nama diberi Azizah Md Isa,
penyunting kata penaik seri,
wajahnya ayu penyuntik minda,
a124747 empunya diri.

Gigih berusaha lantas berdikari,
Kerja sosial jurusan pilihan,
Sisip semangat membina diri,
Mantapkan diri persiapkan badan.

Bulan rejab hari selasa,
Bulan mengambang di malam hari,
Usiaku kini mencecah dua puluh dua,
Bertambah anggun setiap hari.

Tengah malam mimpikan bulan,
Mimpi dipagar bintang tujuh,
Tengah malam mimpikan tuan,
Mimpikan azizah anak yang keenam dari ketujuh.

Rasa gembira tidak terkata,
Menang debat peringkat nasional,
Saya azizah bercita-cita,
Menjadi pekerja sosial yang profesional


~SHAFINAZ BINTI OMAR~
A 124617

Berdiam seroja berseorangan kaku..
Mengenang kesuma hati yang gusar..
Shafinaz binti omar nama manisku..
Yan kedah tempat lahir dan membesar..

Hatinya seroja sedih dan liku..
Tanpa kesuma menghadir tamu..
Dua puluh dua tahun umur remajaku..
Dua puluh dua tahun menimba ilmu..

Perginya kesuma gendang berpalu..
Menaik gajah berbidainya baldu..
Enam beradik bermanja selalu..
Anak yang bongsu aku beradu..

Rindunya seroja semakin terasa..
Wajah kesuma mimpi terbawa..
Melayari internet mengisi masa..
Mencari ilmu teman dan tawa..

Setiap hari merenung sepi..
Menunggu pulang kesuma hati..
Menjadi guru selalu ku impi..
Tiada kesampaian aku mengerti..

Begitulah sedikit pengenalan diberi..
Walaupun ringkas insyallah diberkati..
Shafinaz omar mengundur diri..
Semoga kita tuhan merahmati..



~ NAZNA BINTI MISRAN ~
A123760

'Jawa Banting' nama gelaran
Bernaung di Pusat Pengajian Melayu
Empunya diri Nazna Misran
Pelajar kursus Persuratan Melayu

Gemar membaca dan juga menulis
Hobi malamnya suka berjaga
Andai tak dapat jadi polis
'Sasterawan Negara' pun boleh juga

Suruh makan cik Nana makan
Suruh memasak lari sebatu
Kehidupan kolej cik Nana tinggalkan
Kerana biliknya banyak hantu

Tampak pendiam dan juga pemalu
Tapi sebenarnya gila-gila
Lelaki Melayu cik Nana tak lalu
Hatinya tetap pada Mat Bangla

Tuesday, May 25, 2010

SaHiBuL HiKaYaT

Tersebutlah kisah di sebuah negeri
Indah cantik tidak terperi
Pantera Tigris nama diberi
Menjadi teduh empat puteri
~~~~
Pantera Tigris gagah membela
Lambang perkasa dahulu kala
Empat puteri kisah bermula
Tugas dipikul penuh rela