#footer-column-container { clear:both; } .footer-column { padding: 10px; }
MySpace Graphics
zwani.com myspace graphic comments
Showing posts with label TUGASAN. Show all posts
Showing posts with label TUGASAN. Show all posts

Monday, June 7, 2010

SoaL SeLiDiK

TAJUK:
JUAL-BELI SECARA ATAS TALIAN: KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

BORANG SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A:- Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan

1. JANTINA:
( ) LELAKI
( ) PEREMPUAN

2. ETNIK:
( ) MELAYU
( ) CINA
( ) INDIA
( ) LAIN-LAIN .................................. (Nyatakan)

3. AGAMA:
( ) ISLAM
( ) KRISTIAN
( ) HINDU
( ) BUDDHA
( ) LAIN-LAIN .................................. (Nyatakan)

4. STATUS:
( ) BUJANG
( ) BERKAHWIN

5. PEKERJAAN:
( ) KAKITANGAN AWAM
( ) KAKITANGAN SWASTA
( ) LAIN-LAIN

BAHAGIAN B:- Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan

1. Anda faham apa yang dimaksudkan dengan kaedah jual-beli secara atas talian (online)
( ) Ya
( ) Tidak

2. Anda pernah membeli barangan secara atas talian (online)
( ) Ya
( ) Tidak

3. Anda berpuas hati dengan perkhidmatan jual-beli secara atas talian (online) yang ditawarkan
( ) Ya
( ) Tidak

4. Kekerapan anda membeli produk secara atas talian dalam tempoh sebulan
( ) 1-2 kali
( ) 3-4 kali
( ) 5-6 kali
( ) Lebih daripada 6 kali

5. Jenis produk jualan atas talian (online) yang menjadi pilihan anda
( ) Produk kecantikan
( ) Produk kesihatan
( ) Pakaian dan aksesori
( ) Lain-lain .................................. (Nyatakan)

BAHAGIAN C:- Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan mengikut skala

1. Sangat tidak bersetuju
2. Tidak bersetuju
3. Tidak pasti
4. Setuju
5. Sangat bersetuju

1. Kaedah jual-beli secara online menjimatkan masa membeli-belah
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )

2. Kaedah jual-beli secara online lebih menjimatkan kos berbanding kaedah jualan secara langsung
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )

3. Kaedah jual-beli secara online memberikan variasi pilihan produk kepada pembeli
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )

4. Kaedah jual-beli secara online melipatgandakan keuntungan berbanding kaedah jualan secara langsung
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )

5. Kualiti produk yang diterima sama seperti yang dijanjikan
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )

6. Produk yang ditempah secara online diterima pada masa yang ditetapkan
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )

7. Pengguna lebih terdedah kepada unsur penipuan melalui jual-beli secara online
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )

8. Proses jual-beli secara online lebih rumit berbanding proses jual-beli secara langsung
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )

9. Proses jual-beli secara online hanya diketahui oleh segolongan masyarakat tertentu sahaja
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )

10. Belian secara online dirasakan mempunyai kos tersembunyi (misalnya kos penghantaran)
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )

Thursday, May 27, 2010

TUGASAN: PENGENALAN

Dewasa ini, dunia berputar seiring dengan peredaran masa. Pelbagai bentuk kemajuan telah dicapai dan dikecapi oleh segenap lapisan masyarakat. Dengan kewujudan era teknologi, segala urusan dapat dijalankan dengan mudah dan pantas. Salah satu kemajuan yang dicapai dalam era teknologi masa kini ialah pengaplikasian internet dalam kehidupan seharian. Perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi ini telah merubah corak kehidupan manusia. Istilah 'dunia di hujung jari' sering digunakan bagi menggambarkan situasi tersebut. Menerusi penggunaan internet, segala urusan harian boleh dilakukan secara atas talian (online). Hal yang demikian termasuklah urusan pembayaran bil dan cukai, menghubungkan seseorang individu dengan dunia luar dan menjalankan urusan jual-beli.

'Jual-beli' secara online merupakan konsep yang kian mendapat tempat dalam kalangan para peniaga dan pembeli di negara ini. Antara produk-produk yang ditawarkan dalam perniagaan internet ini termasuklah produk kecantikan, kesihatan, pakaian, aksesori dan sebagainya. Pelbagai laman sesawang telah diwujudkan oleh para peniaga bagi memasarkan produk-produk keluaran syarikat mereka untuk memudahkan para pembeli membuat pilihan. Meskipun kaedah jual-beli atas talian ini dilihat mendatangkan banyak manfaat kepada pihak penjual mahupun pembeli, namun terdapat beberapa keburukan yang dapat dilihat menerusi perlaksanaannya.

Menyedari hakikat ini, kami berempat telah bersepakat memilih tajuk 'Jual-Beli Secara Atas Talian (Online): Kebaikan dan Keburukan' sebagai fokus kajian dalam tugasan berkumpulan pada kali ini. Diharap kajian ini dapat merungkai pelbagai isu berkaitan jual-beli secara online.

~ pantera tigris ~