Sunday, June 13, 2010
Friday, June 11, 2010
KeBaiKaN PeRNiaGaaN iNTeRNeT
SUMBER;
http://www.caracariwang.com/bisnes-internet/kebaikan-perniagaan-internet/Perniagaan internet mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan perniagaan konvensional yang biasa anda lihat di sekeliling anda.Ini menjadikan perniagaan internet sebagai perniagaan yang unik dan semua orang perlu mengambil peluang ini sebaiknya.Saya akan berkongsi sebahagian dari kebaikan yang ada dalam perniagaan internet ini.
1. Modal Permulaan Yang Kecil
Perniagaan internet tidak memerlukan modal permulaan yang besar seperti perniagaan konvensional.Anda boleh menjalankan perniagaan internet bermula dengan modal serendah RM 100 sehinggan RM 200.Sudah cukup untuk anda menjalankan perniagaan anda di peringkat tempatan dan antarabangsa.
2. Kos Pemasaran Yang Rendah (Percuma)
Untuk tujuan promosi hanya memerlukan modal yang kecil.Ada juga promosi yang boleh dilakukan dengan PERCUMA sahaja bergantung kepada kreativiti dan kebijaksanaan anda.
3. Potensi Pelanggan Yang Besar
Internet adalah dunia yang tidak bersempadan.Begitu juga dengan pelanggan anda.Pelanggan anda terdiri dari seluruh pelusuk dunia.Jadi perniagaan anda adalah perniagaan antarabangsa.Jika begitu , anda boleh mendapat pendapatan berlipat kali ganda di dalam perniagaan internet.
4. Tidak Memerlukan Stok & Kedai
Perniagaan Internet tidak memerlukan anda mempunyai kedai yang nyata ataupun sejumlah stok jika anda menjalankan perniagaan berasaskan produk digital ataupun perkhidmatan.Segala-galanya seperti tapak , kedai & stok berada di hosting anda.Sudah tentu menjimatkan wang anda bukan?
5. Perniagaan 24 Jam
Melalui perniagaan internet , tiada had batasan waktu operasi.Perniagaan anda beroperasi 24 jam.Pada bila-bila masa 24 jam sehari 365 hari setahun , laman web anda akan dilayari oleh pengguna internet merangkap pelanggan anda.Tidak seperti perniagaan konvensional nak terikat dengan waktu operasi.
6. Mengukuhkan Perniagaan Anda
Jika anda menjalankan perniagaan offline sudah pasti anda mempunyai pesaing disekeliling anda.Jika tidak ada sekarang pun,sudah pasti pesaing anda akan muncul pada masa yang akan datang.Jadi dengan membina laman web untuk perniagaan anda setidak-tidaknya anda berada lebih jauh dengan pesaing anda.Perniagaan anda akan lebih dikenali daripada pesaing anda.
7. Berniaga Secara Sambilan Atau Sepenuh Masa
Perniagaan internet tidak memerlukan anda untuk menumpukannya secara sepenuh masa.Anda tidak perlu berhenti kerja untuk perniagaan anda.Anda boleh melakukannya secara sambilan.Cuma beberapa jam sehari saja untuk perniagaan anda.Anda tidak perlukan pejabat atau pun kedai.Cukup sekadar di rumah saja.Apabila anda sudah cukup bersedia untuk menjalankannya sepenuh masa , baru anda buat keputusan samada mahu melepaskan kerja anda sekarang ataupun tidak.Keputusan sepenuhnya di tangan anda.
8. Tidak Perlu Berjumpa Klien
Anda tidak perlu berjumpa klien anda yang berada beribu batu dari tempat tinggal anda.Jika servis anda diperlukan , anda boleh lakukannya menggunakan email ataupun instant massager.Sudah tentu menjimatkan masa , tenaga dan yang paling penting wang anda.Menarik Bukan?
9. Perniagaan Dijalankan Secara Automatik
Anda tidak perlu berada 24 jam dihadapan komputer anda hanya kerana anda menjalankan perniagaan internet.Hampir semua perniagaan internet beroperasi secara automatik 24 jam sehari.Sedanga anda seronok bercuti perniagaan anda tetap berjalan dengan aktif.
10. Risiko Yang Rendah
Perniagaan internet meletakkan anda berada dalam risiko perniagaan yang rendah.Jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingi seperti kebakaran , malapetaka seperti banjir besar ataupun gempa bumi , sudah tentu perniagaan anda akan selamat kerana laman web tidak akan musnah disebabkan kejadian-kejadian tadi.Jika berlaku kepada perniagaan konvensional , sudah tentu anda akan mengalami kerugian yang besar.
11. Tidak Perlu Pinjaman
Anda tidak memerlukan pinjaman bank untuk perniagaan internet kerana modal permulaannya adalah rendah.Jadi anda tidak perlu pening kepala mencari bank mana yang sesuai untuk pinjaman anda.
Tuesday, June 8, 2010
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998)
- Menyelia, mengkoordinasi dan memberikan arahan berkenaan kertas siasatan berkaitan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], Akta Tandatangan Digital 1997 [Akta 562] dan Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465];
- Mengeluarkan izin pendakwaan bagi kes-kes di bawah akta-akta tersebut;
- Mengendalikan pendakwaan bagi kes-kes di bawah akta-akta tersebut; dan
- Memberikan sebarang maklumat dan maklum balas yang dikehendaki oleh (SKMM)
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.
Akta ini merupakan undang-undang siber yang terpanjang antara keenam-enam undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini. Selain daripada Akta ini, lima Akta lain berkaitan adalah Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997, Akta Hakcipta Pindaan 1997 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mempunyai 282 seksyen dan satu jadual. Akta ini digubal pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Agung pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999 (kecuali seksyen 157, 159, 160, 161,162, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 176, 178, 197 dan 198 [P.U.(B) 128/99]; pada 1 April 2000: seksyen 157, 159, 160, 161, 162, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 176 dan 178 [P.U.(B) 106/2000]; 1 Mac 2002: seksyen 197 dan 198 [P.U.(B) 66/2002])
aRTiKeL 1
KUALA LUMPUR: Hari ini perniagaan Internet di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing lagi. Perniagaan seumpama ini semakin digemari lantaran keberkesanan Internet sebagai medium komunikasi dan pemasaran. Sehubungan itu, peningkatan jumlah pengguna Internet juga dilihat sebagai tanda positif untuk berkecimpung dalam perniagaan seumpama itu. Bagi usahawan internet, Mohd Suhaimy Abu Bakar, 30, atau lebih dikenali sebagai Shuth, perniagaan Internet merupakan satu bentuk perniagaan untuk masa hadapan kerana kebanyakan perniagaan dan kedai-kedai baru akan dibuka dalam bentuk perniagaan Internet berbanding perniagaan konvensional. "Kedai buku terbesar di dunia bukanlah terletak di Amerika, China atau Jepun tetapi di Internet iaitu amazon.com manakala pasar raya terbesar di dunia pula ialah eBay. Tidak mustahil suatu hari nanti semua orang akan lebih gemar membeli-belah di Internet berbanding pasar raya," katanya kepada Bernama.
MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN
Menceburi bidang perniagaan bukanlah impian Shuth semasa kecil. Tetapi setelah memasuki alam pekerjaan, beliau mula bercita-cita untuk menjadi usahawan. Hal ini kerana Shuth menyedari tentang kebaikan dan keburukan antara bekerja makan gaji dengan bekerja sendiri. Pada masa ini Shuth menjalankan beberapa jenis perniagaan Internet yang lebih menumpukan kepada perkhidmatan penyewaan 'webhosting', penerbitan serta penjualan 'eBook'. Sebelum menceburi bidang perniagaan, anak kelahiran Muar ini pernah bekerja sebagai eksekutif IT yang menguruskan bahagian multimedia dan juga pembangunan web di sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Menyedari betapa pentingnya memiliki kebebasan masa dan juga kewangan, beliau mencuba menceburi bidang perniagaan kerana percaya bidang ini mampu memberikan semua itu. "Saya sedar, cara terbaik untuk memiliki kedua-dua kebebasan itu ialah dengan menceburi diri ke dalam dunia perniagaan," jelasnya.
Sedia mengambil tanggungjawab 100 peratus dan sentiasa berfikiran positif ialah prinsip hidup Shuth untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Beliau juga berpendapat bahawa untuk menjalani kehidupan yang lebih gembira dan bebas, berniaga dan menjadi seorang usahawan adalah pilihan yang paling tepat. Menurut Shuth, terdapat kajian yang menyatakan bahawa golongan yang bekerja sendiri dan berniaga mempunyai kehidupan yang lebih gembira dan memuaskan berbanding golongan yang makan gaji.
CABARAN YANG DIHADAPI
Bagi lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, setakat ini tiada halangan terlalu besar yang dihadapi beliau kecuali sedikit kritikan semasa melancarkan 'eBook' yang pertama pada tahun 2005. "Saya menerima emel dan juga panggilan telefon daripada seseorang yang mencerca saya dan mengatakan saya penipu sebab menjual 'ebook' di Internet," kata Shuth. Pada masa itu, saya sedikit kecewa tetapi kembali bersemangat apabila melihat semakin ramai orang membeli 'eBook' dari sehari ke sehari. "Pada pendapat saya, saya menjual ilmu dan maklumat, dan bukannya menjual fail kosong. Dunia sudah maju dan zaman sudah berubah, zaman ini ialah zaman informasi dan maklumat. "Pada zaman ini, 'maklumat' ialah sesuatu yang sangat penting dan berharga, jadi tidak hairanlah jika orang ramai akan mula memperdagangnya di alaf baru ini," jelasnya.
KEJAYAAN TERBESAR MENJADI USAHAWAN
Sewaktu mula mencebur diri di dalam dunia perniagaan, tiada siapa yang memberi galakan kepada beliau. Tetapi setelah memperoleh sedikit kejayaan, ramai yang memberikan galakan seperti keluarga dan rakan-rakan. "Kejayaan yang saya rasa paling besar dalam hidup saya selepas menceburi bidang ini ialah apabila saya dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga dan melihat anak-anak saya membesar di hadapan mata saya setiap hari," katanya bangga. Penulis buku terlaris, "Rahsia Blogger" ini didorong oleh seorang rakannya yang mahu beliau berkongsi ilmu mengenai blog kepada orang ramai. Buku tersebut menceritakan tentang peluang-peluang yang ada untuk mendapatkan wang di internet. Harapan Shuth adalah selepas membaca buku tersebut, mereka dapat melihat dan bertindak merebut peluang-peluang yang ada. Bertanyakan tentang perancangan pula, "Untuk masa terdekat ini, saya merancang untuk memindahkan operasi perniagaan saya yang selama ini beroperasi dari rumah kepada sebuah pejabat yang lengkap dengan beberapa orang pekerja tetap," kata Shuth.
NASIHAT KEPADA BAKAL USAHAWAN
Generasi milineum atau nama lainnya, generasi Y, yang membesar dengan kewujudan Internet, lebih gemar menggunakan Internet untuk tujuan bersosial dan berhibur seperti facebook, myspace, games (permainan mata) dan sebagainya. Menurut Shuth, golongan ini mempunyai peluang yang cerah dalam bidang perniagaan Internet selagi mereka mempunyai minat untuk berniaga serta menyedari tentang kepentingan Internet bagi tujuan perniagaan. Shuth berkata golongan belia harus bijak mengambil peluang dan menggunakan ruang yang sedia ada ke arah sesuatu yang berfaedah dan menguntungkan.
"Perniagaan di Internet mempunyai banyak kelebihannya seperti modal permulaan yang kecil, pasaran yang lebih luas serta ia mampu beroperasi selama 24 jam secara automatik tanpa memerlukan kos operasi yang tinggi.
"Mempunyai ilmu tentang perniagaan dan ilmu berkenaan komputer serta Internet dapat membantu seseorang belia untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya," katanya. Apa yang mampu beliau katakan kepada bakal usahawan ialah: "Belajarlah dan bertindaklah, jangan sekadar belajar, belajar, belajar sahaja, ia tidak akan memberikan hasil. "Juga tidak boleh terus bertindak, bertindak, bertindak, takut tersilap langkah pula. Jadi, belajarlah dan kemudian bertindak," ulas beliau. - BERNAMA
Monday, June 7, 2010
SoaL SeLiDiK
BORANG SOAL SELIDIK
BAHAGIAN A:- Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan
1. JANTINA:
( ) LELAKI
( ) PEREMPUAN
2. ETNIK:
( ) MELAYU
( ) CINA
( ) INDIA
( ) LAIN-LAIN .................................. (Nyatakan)
3. AGAMA:
( ) ISLAM
( ) KRISTIAN
( ) HINDU
( ) BUDDHA
( ) LAIN-LAIN .................................. (Nyatakan)
4. STATUS:
( ) BUJANG
( ) BERKAHWIN
5. PEKERJAAN:
( ) KAKITANGAN AWAM
( ) KAKITANGAN SWASTA
( ) LAIN-LAIN
BAHAGIAN B:- Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan
1. Anda faham apa yang dimaksudkan dengan kaedah jual-beli secara atas talian (online)
( ) Ya
( ) Tidak
2. Anda pernah membeli barangan secara atas talian (online)
( ) Ya
( ) Tidak
3. Anda berpuas hati dengan perkhidmatan jual-beli secara atas talian (online) yang ditawarkan
( ) Ya
( ) Tidak
4. Kekerapan anda membeli produk secara atas talian dalam tempoh sebulan
( ) 1-2 kali
( ) 3-4 kali
( ) 5-6 kali
( ) Lebih daripada 6 kali
5. Jenis produk jualan atas talian (online) yang menjadi pilihan anda
( ) Produk kecantikan
( ) Produk kesihatan
( ) Pakaian dan aksesori
( ) Lain-lain .................................. (Nyatakan)
BAHAGIAN C:- Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan mengikut skala
1. Sangat tidak bersetuju
2. Tidak bersetuju
3. Tidak pasti
4. Setuju
5. Sangat bersetuju
1. Kaedah jual-beli secara online menjimatkan masa membeli-belah
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )
2. Kaedah jual-beli secara online lebih menjimatkan kos berbanding kaedah jualan secara langsung
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )
3. Kaedah jual-beli secara online memberikan variasi pilihan produk kepada pembeli
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )
4. Kaedah jual-beli secara online melipatgandakan keuntungan berbanding kaedah jualan secara langsung
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )
5. Kualiti produk yang diterima sama seperti yang dijanjikan
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )
6. Produk yang ditempah secara online diterima pada masa yang ditetapkan
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )
7. Pengguna lebih terdedah kepada unsur penipuan melalui jual-beli secara online
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )
8. Proses jual-beli secara online lebih rumit berbanding proses jual-beli secara langsung
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )
9. Proses jual-beli secara online hanya diketahui oleh segolongan masyarakat tertentu sahaja
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )
10. Belian secara online dirasakan mempunyai kos tersembunyi (misalnya kos penghantaran)
1 ( ) 2 ( ) 3 ( ) 4 ( ) 5 ( )
Tuesday, June 1, 2010
HoLD My HaND
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight
Now we share the same bright sun
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought
Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore
Heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair
Now we share the same bright sun
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought
Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors
So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Bilal Hajji
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain
Copyright: Awakening Records 2009
