#footer-column-container { clear:both; } .footer-column { padding: 10px; }
MySpace Graphics
zwani.com myspace graphic comments

Thursday, May 27, 2010

PuTeRi PaNTeRa TiGRiS

~NUR AQILAH BINTI SAMSUL RIJAL~
A123622

Jika ku punya madah yang indah..
Akan ku tulis namaku Nur Aqilah..
Pemberian kasihnya seorang ayah..
susunan yang merdu gemersik ghazal..
Inilah syair Nur Aqilah Samsul Rijal..

Syair ku buka berkisah keluarga..
Tujuh beradik dibesar dijaga..
Aku yang ke-lima cukup bahagia..
Bersama kasih keluarga yang setia..
Bertemu sakan berkumpulnya ceria..

Batu Gajah daerah ku tercinta..
Negeri Perak yang penuh nan cerita..
Di situ jugalah bermulanya kisah..
Di bulan Oktober lahirnya Nur Aqilah..
Dua puluh dua tahun membesar sudah..

Dari ku kecil hinggalah sekarang..
Senyumku manja sikapku periang..
Tampilku mesra hatiku penyayang..
Fahamku mudah lantaran ku mengerti..
Makanya Jarang ku mengambil hati..

Bertanya temanku apa yang ku sayang..
Jawapku mudah jelas dan terang..
Hanya satu yang membawa tenang..
Melihat anak kecil bermain riang..
Mengingatkan aku zaman yang hilang..

Semoga terhibur semoga tersenyum..
Tersalah tulis ku mohon diampun..
Tamatlah sudah syair Nur Aqilah..
Bukanlah indah tak sehebat pun madah..
Cuma bicara ikhlas seorang muslimah..

~AZIZAH BINTI MD ISA~
A 124747

Nama diberi Azizah Md Isa,
penyunting kata penaik seri,
wajahnya ayu penyuntik minda,
a124747 empunya diri.

Gigih berusaha lantas berdikari,
Kerja sosial jurusan pilihan,
Sisip semangat membina diri,
Mantapkan diri persiapkan badan.

Bulan rejab hari selasa,
Bulan mengambang di malam hari,
Usiaku kini mencecah dua puluh dua,
Bertambah anggun setiap hari.

Tengah malam mimpikan bulan,
Mimpi dipagar bintang tujuh,
Tengah malam mimpikan tuan,
Mimpikan azizah anak yang keenam dari ketujuh.

Rasa gembira tidak terkata,
Menang debat peringkat nasional,
Saya azizah bercita-cita,
Menjadi pekerja sosial yang profesional


~SHAFINAZ BINTI OMAR~
A 124617

Berdiam seroja berseorangan kaku..
Mengenang kesuma hati yang gusar..
Shafinaz binti omar nama manisku..
Yan kedah tempat lahir dan membesar..

Hatinya seroja sedih dan liku..
Tanpa kesuma menghadir tamu..
Dua puluh dua tahun umur remajaku..
Dua puluh dua tahun menimba ilmu..

Perginya kesuma gendang berpalu..
Menaik gajah berbidainya baldu..
Enam beradik bermanja selalu..
Anak yang bongsu aku beradu..

Rindunya seroja semakin terasa..
Wajah kesuma mimpi terbawa..
Melayari internet mengisi masa..
Mencari ilmu teman dan tawa..

Setiap hari merenung sepi..
Menunggu pulang kesuma hati..
Menjadi guru selalu ku impi..
Tiada kesampaian aku mengerti..

Begitulah sedikit pengenalan diberi..
Walaupun ringkas insyallah diberkati..
Shafinaz omar mengundur diri..
Semoga kita tuhan merahmati..



~ NAZNA BINTI MISRAN ~
A123760

'Jawa Banting' nama gelaran
Bernaung di Pusat Pengajian Melayu
Empunya diri Nazna Misran
Pelajar kursus Persuratan Melayu

Gemar membaca dan juga menulis
Hobi malamnya suka berjaga
Andai tak dapat jadi polis
'Sasterawan Negara' pun boleh juga

Suruh makan cik Nana makan
Suruh memasak lari sebatu
Kehidupan kolej cik Nana tinggalkan
Kerana biliknya banyak hantu

Tampak pendiam dan juga pemalu
Tapi sebenarnya gila-gila
Lelaki Melayu cik Nana tak lalu
Hatinya tetap pada Mat Bangla

No comments:

Post a Comment