Dewasa ini, dunia berputar seiring dengan peredaran masa. Pelbagai bentuk kemajuan telah dicapai dan dikecapi oleh segenap lapisan masyarakat. Dengan kewujudan era teknologi, segala urusan dapat dijalankan dengan mudah dan pantas. Salah satu kemajuan yang dicapai dalam era teknologi masa kini ialah pengaplikasian internet dalam kehidupan seharian. Perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi ini telah merubah corak kehidupan manusia. Istilah 'dunia di hujung jari' sering digunakan bagi menggambarkan situasi tersebut. Menerusi penggunaan internet, segala urusan harian boleh dilakukan secara atas talian (online). Hal yang demikian termasuklah urusan pembayaran bil dan cukai, menghubungkan seseorang individu dengan dunia luar dan menjalankan urusan jual-beli.
'Jual-beli' secara online merupakan konsep yang kian mendapat tempat dalam kalangan para peniaga dan pembeli di negara ini. Antara produk-produk yang ditawarkan dalam perniagaan internet ini termasuklah produk kecantikan, kesihatan, pakaian, aksesori dan sebagainya. Pelbagai laman sesawang telah diwujudkan oleh para peniaga bagi memasarkan produk-produk keluaran syarikat mereka untuk memudahkan para pembeli membuat pilihan. Meskipun kaedah jual-beli atas talian ini dilihat mendatangkan banyak manfaat kepada pihak penjual mahupun pembeli, namun terdapat beberapa keburukan yang dapat dilihat menerusi perlaksanaannya.
Menyedari hakikat ini, kami berempat telah bersepakat memilih tajuk 'Jual-Beli Secara Atas Talian (Online): Kebaikan dan Keburukan' sebagai fokus kajian dalam tugasan berkumpulan pada kali ini. Diharap kajian ini dapat merungkai pelbagai isu berkaitan jual-beli secara online.
~ pantera tigris ~
No comments:
Post a Comment