#footer-column-container { clear:both; } .footer-column { padding: 10px; }

Friday, June 18, 2010

~8 PaNtUn TeKa-tEkI BuAh-BuAhAn~

Waktu subuh ke tepi paya,
Hendak menembak seekor buaya,
Merah pekat warna kulitnya,
Putih melepak wana isinya.
Sang nadim nudak yang pandai,
Singapura selamat diserang todak,
Tumbuhnya tegak tinggi melambai,
Sungguh berair berkocak tidak.
Masuk ke kebun menoreh getah,
Lepas menoreh pergi ke pekan,
Walau berkolam tiada lintah,
Walau berair tiada ikan.
Kedalam kedai seorang diri,
Hendak memberli sehelai seluar,
Jika adik bijak bestari,
Apa buah biji di luar.

Penulis mudah sedang berkarya,
Suatu kisah dipagi raya,
Rambutnya lebat merah warnanya,
Isinya putih manis rasanya.
Duduk termenung janganla leka,
Kerja tak sudah membuang masa,
Apakah buah cubalah teka,
Namanya seperti batu permata.
Ditengah pasar beli rambutan,
Rambutan diikat lalu dijinjing,
Bersisik-sisik bukannya ikan,
Menyalak pula bukannya anjing.
Pergi ke laut diwaktu senja,
Sambil jalan memikul jaring,
Buah apa cubalah teka,
Masuk basah keluarnya kering.

No comments:

Post a Comment