#footer-column-container { clear:both; } .footer-column { padding: 10px; }
MySpace Graphics
zwani.com myspace graphic comments

Friday, June 18, 2010

mutiara kata untuk tatapan bersama

1. Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu
boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

2. Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana
Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah

3. Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok
percakapannya tetapi buruk perbuatannya

4. Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti
bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir

5. Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan
yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti
tidak akan kembali

6. Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana
bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa
dihina

7. Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan
yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak
yang baik

8. Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu
kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan

9. Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah
hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan
mengikuti arus perubahan kedewasaan

10. Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di
dunia

No comments:

Post a Comment