#footer-column-container { clear:both; } .footer-column { padding: 10px; }
MySpace Graphics
zwani.com myspace graphic comments

Thursday, June 17, 2010

FaNTaSi CiNtA

Oleh: Nazna Misran

“Hai papa... apa yang penting sangat sampai papa suruh Joe balik hari ni jugak?” soal Johan sambil melabuhkan punggungnya ke atas sofa buatan Itali di ruang tamu rumah mereka.

“Papa nak cakap sikit pasal perkahwinan Johan.” Datuk Johari membetulkan duduknya.

“Wow... bukan ke hari tu papa yang tak bagi Joe kahwin dengan si Maria tu? Apa yang buat papa ubah fikiran tiba-tiba ni?” soal Johan, teruja. Dia ternyata gembira dengan kata-kata yang baru terluah daripada mulut bapanya itu.

“Papa tak maksudkan perkahwinan kamu dengan Maria. Papa maksudkan perkahwinan kamu dengan anak arwah uncle Kamarul.”

“What? You mean... Tiara? Oh my God... papa jangan buat lawak. Soal kahwin ni bukan boleh buat main-main!” Johan menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak bersetuju dengan keputusan bapanya itu. Wajah Tiara muncul sejenak di fikirannya. Masih jelas tergambar gadis riang yang hidup dalam alam fantasinya. Gadis yang sentiasa berpakaian merah jambu dan mengelek buku cerita dongeng walau ke mana ia pergi hingga menjadi bahan ejekan masyarakat setempat. Johan melepaskan satu keluhan hampa.

“Tia anak yatim piatu sekarang. Dia tak ada saudara mara lain kat dunia ni. Sebagai kawan baik arwah uncle Kamarul, papa bertanggungjawab untuk jaga Tia. Kamu tahu kan betapa besarnya jasa uncle Kamarul pada keluarga kita?”

“Tapi, pa... takkan sampai kena kahwin? Lagipun, dah bertahun Joe tak jumpa Tiara tu. Macam mana Joe nak kahwin dengan orang yang Joe dah lama tak jumpa?” Johan sudah tidak menemui Tiara agak lama. Sewaktu uncle Kamarul meninggal dunia tempoh hari, dia masih berada di Bali, bercuti dengan kekasih hatinya, Maria.

“Yang itu, kamu tak perlu bimbang. Lepas ni kamu boleh jumpa Tiara hari-hari.”

“Maksud papa?”

“Abang Johan!” seorang gadis muncul di belakang Johan. Johan segera menoleh. Hampir saja tubuh sasa itu didakap oleh gadis ceria itu. Namun Johan sempat mengelak.

“Mulai sekarang, Tia akan tinggal dengan kita sampailah hari perkahwinan kamu tiba,” ujar Datuk Johari sebelum meninggalkan Johan yang terpinga-pinga di sisi Tiara.

“Abang Johan... jom pergi beli ais krim Vanilla kat kedai. Tadi uncle Johari bagi duit kat Tia suruh beli aiskrim. Jomlah!” Tiara menarik tangan Johan hingga ke garaj kereta. Johan memandang kelibat bapanya di muka pintu dengan pandangan simpati.


“You... you janji nak kahwin dengan I. Kenapa tiba-tiba dengan pinky girl tu pulak?” kedengaran suara Maria merengek di hujung talian.
“You... you kena faham. Semua ni atas permintaan papa I. Takkanlah I nak menolak.” Johan cuba memujuk kekasih hatinya.
“Habis, I ni macam mana? Takkan nak jadi tunggul je tengok you kahwin?”
“I promise... lepas I dapat tawaran kerja kat London tu nanti, I akan tinggalkan dia. Then I akan kahwin dengan you. Kita stay kat sana. Okay, sayang?”
“Promise?”
Belum sempat Johan menjawab soalan kekasih hatinya itu, ada suara yang berteriak memanggil namanya. Segera dia mematikan talian telefon bimbitnya dan kembali masuk ke dalam butik pakaian pengantin yang dikunjunginya.
“Tia nak baju ni. Barulah nampak macam princess.” Tiara menunjukkan ke arah sehelai gaun kembang berwarna merah jambu yang dipamerkan di butik itu.
“What? Euww... mana ada orang pakai gaun macam ni time kahwin. Tak naklah!”
“Adalah... siapa kata tak ada? Siti Nurhaliza pakai macam ni tau masa dia kahwin dulu.”
“Itu Siti Nurhaliza... awak tu Siti Sifir, tau tak?! Nah, awak pakai gaun ni je lah.” Johan mencapai sehelai gaun putih yang tergantung di sebelahnya. Mata Tiara mula bergenang.
‘Oh, God! Dia dah mula dah!’ Sangkaan Johan tepat. Gadis itu mula menangis dan meraung di dalam butik itu.
“Tia nak jugak gaun tu. Tia tak kira. Kalau abang tak bagi, Tia report kat uncle Johari!” ujar Tiara sambil menghentak-hentakkan kakinya ke lantai.

Suara-suara sinis mula kedengaran sebaik sahaja pasangan mempelai melangkah masuk ke dewan besar itu. Johan ingin lari daripada situasi yang paling memalukan dalam hidupnya itu. Namun, jelingan tajam bapanya membantutkan hasrat pemuda yang kini sah bergelar suami.
“Auww... jambunya Johan!” kedengaran satu suara berteriak, diikuti dengan gelak tawa daripada para jemputan yang hadir ke majlis persandingan itu. Tiara tersenyum manis saat itu. Tangan kanannya memaut kemas tangan Johan, manakala tangan kirinya memegang sebatang ‘tongkat sakti’ berbentuk hati.
‘Orang lain pegang bunga time bersanding. Yang dia pegang tongkat Sailormoon pulak!’ bentak hati Johan. Dia mula berasa tidak selesa dalam tuxedo berwarna merah jambu yang dipakainya. Dia berharap agar majlis itu berakhir dengan cepat.
‘Baju pink, pelamin pink, kek pink, red carpet yang sepatutnya warna merah ni pun jadi warna pink. Argghh!!! Aku dah rasa macam pondan je!’

Johan muncul di muka pintu dengan perasaan berdebar. Meskipun dia tidak mempunyai apa-apa perasaan istimewa terhadap isterinya, namun berdua-duaan dalam satu kamar itu benar-benar menguji keimanannya. Dengan perlahan, dia menghampiri birai katil.
“Eh, eh, eh! Abang buat apa ni?” soal Tiara sebaik Johan merebahkan badannya ke atas katil.
“Buat apa lagi? Nak tidurlah,” jawab Johan, acuh tak acuh.
“Mana boleh tidur sini. Ni tempat tidur Snow White dengan Prince Charming la,” ujar Tiara lantas menolak tubuh Johan. Dia mengambil dua anak patung lalu dibaringkan di atas katil yang sepatutnya menjadi tempat peraduan Johan. Amarah Johan mula meluap-luap.
“Habis, saya nak tidur di mana?”
“Tuu...” muncung bibir gadis itu dihalakan ke atas sebiji bantal dan sehelai selimut yang diletakkan di atas lantai.
‘Gila. Aku boleh jadi gila macam ni. Ingatkan bila kahwin, boleh sedap-sedap bermanja dengan bini. Tapi last-last kena tidur bawah pulak. Argghh!!! Kalau macam ni, baik tak payah kahwin!’
Pagi itu, semasa di meja makan untuk menikmati sarapan pagi, Johan menyampaikan hasratnya kepada Datuk Johari.
“Err... papa, Joe ingat nak bawak Tia tinggal kat apartment Joe tu. Maybe besok kami start pindah.” Tersedak Tiara tatkala mendengar kata-kata tersebut. Dia memandang tepat ke arah Johan, meminta penjelasan. Namun, Johan pandai meneruskan lakonannya.
“Tia pun dah bersetuju. Tia kata dia nak privacy sikit untuk mengenali Joe dengan lebih dekat. Bila Tia ajak pindah, Joe setuju ajelah. Semua ni untuk kebaikan rumah tangga kami. Kan, Tia?” Johan tersenyum sinis ke arah isterinya itu. Tiara hanya diam membisu.
“Hahaha, baguslah kalau macam tu. Papa setuju sangat. Lagi cepat kamu berdua pindah, rasanya lagi cepat papa dapat cucu. Tak gitu?”

“Ni bilik awak.” Johan menunjukkan sebuah bilik berkatil bujang kepada Tiara.
“Kenapa Tia dapat bilik ni pulak. Dahla bilik ni sempit, katil dia kecil pulak tu. Tia tak pernah tidur kat bilik macam ni, tau tak. Mana cukup untuk Tia, Snow White, Prince Charming dan lain-lain tu tinggal nanti. Tia nak bilik sebelah!”
“Excuse me... bilik tu, bilik saya okay. Awak jangan nak banyak songeh. Karang saya campak awak dari tingkat lapan ni, baru tau.”
“Okay... kalau abang tak nak bagi bilik tu, Tia bagitau papa Johari hal yang sebenar. Biar kita pindah balik rumah papa. Kat sana lagi best, ramai kawan. Ada Mak Tam, Mak Tim, Mak Tom...”
“Argghh!!!” Dengan berat hati, Johan melangkah ke bilik tidurnya dan mengeluarkan semua pakaian di dalam almari lalu dipindahkan ke bilik tidur sempit itu. Dengan senang hati, Tia melangkah ke bilik barunya.
“Saya nak pergi office ni. Awak jangan lupa masak, kemas rumah, cuci baju tu semua...”
“Eh... hello... Tak ada orang gaji ke? Tia ni princess, okay. Tia tak buat kerja-kerja tu semua. Euuww... pleaselah.”
“Cik Tiara, untuk pengetahuan cik... cik bukannya princess betul pun. Dan cik tu dah 18 tahun. Cik dah kahwin, dah ada suami. Lagi satu, cik tu perempuan. Orang perempuan, kenalah buat semua kerja-kerja perempuan. Faham!!!”
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. Ingat... kalau awak bagitau papa pasal perkara ni, nyawa Snow White awak ni dalam bahaya,” ugut Johan sambil memegang anak patung Snow White milik Tiara.
“Okay, okay... Tia ikut je semua cakap abang. Cuma jangan apa-apakan Snow White Tia... please, give it back to me.”
“No, no, no... saya akan bagi balik kalau awak buat semua yang saya suruh. Dahla, saya nak pergi office... dan patung awak ni, saya bawak sama okay!” Johan tersenyum puas. Kemenangan telah berpihak kepadanya.

“Aduh... lenguhnya badan. Kan bagus kalau ada yang tolong picit.” Johan menjeling ke arah Tiara yang sedang leka melukis sesuatu di atas meja kopi. Tiara hanya mencebikkan muka tatkala mendengar kata-kata tersebut. Dia tahu kata-kata itu ditujukan untuknya.
“Hmm... tak nak picit sudah. Haish... kesian kat kau, Snow White. Dengar kata hari tu, ada orang sanggup lakukan apa saja demi Snow White ni. Tapi, nampak gayanya orang tu dah tak sayangkan kau lagi. Lepas ni, bolehlah aku siat-siat badan kau, kemudian aku bakar dan aku campak kau ke bawah. Hahaha!” Johan ketawa seorang diri sambil bercakap dengan patung Snow White di tangannya. Tiara mencuri-curi pandang ke arahnya sambil tangannya leka melakar rekaan pakaiannya.
‘Owh... tak takut ya.’ Johan bingkas bangun dari sofa dan mencapai gunting di atas meja. Spontan, Tiara bangun dan menghampiri Johan.
“Kalau nak minta Tia picitkan, cakap jelah. Tak payahlah pakai pakai taktik kotor!” Tangannya pantas memicit bahu Johan. Johan tersenyum sendirian sambil memejamkan mata, menikmati urutan tersebut.
“Lepas urut bahu, urut kaki saya pulak!”
‘Lepas urut bahu, urut kaki saya pulak! Ceh... dahla kaki berbulu mengalahkan orang utan. Ada hati nak suruh Tia picit.’ Tiara mengajuk kata-kata Johan, perlahan.
“Awak kutuk saya ya?” sergah Johan. Tiara segera mengunci mulutnya. Tiba-tiba, dia merasakan ada sesuatu yang menjalar di kakinya. Lantas dia segera memandang ke bawah.
“Arghh!!! Lipas! Lipas!” Gadis itu bersembunyi di belakang suaminya sambil menghentak-hentakkan kaki ke lantai, cuba menghalau lipas tersebut. Johan ketawa berdekah-dekah melihat telatah isterinya. Johan mencapai sebatang bulu ayam di terletak di atas rak.
“Dengan kekuatan bulan, akan menghukum mu!” Johan mengajuk salah satu babak yang terdapat dalam kartun Sailormoon sebelum mengetuk lipas tersebut menggunakan bulu ayam tersebut.
“Hmm... tak sangka, berkesan jugak tongkat sakti saya ni. Dahla, lepaskanlah baju saya. Lipas tu dah mati pun.” Johan cuba menarik hujung baju T yang dicengkam kuat oleh Tiara yang masih ketakutan.
“Err... awak, malam Jumaat ni. Kalau awak duduk rapat-rapat dengan saya lama-lama, saya takut lain pulak yang jadi. Saya on je... tapi tak taulah awak,” Johan mula mengusik. Segera cengkaman itu dilepaskan. Johan tersenyum nakal sebaik isterinya menghilang di balik pintu kamar.
“Tau takut!” Di sebalik senyuman nakal itu, ada satu perasaan aneh menerjah sanubari sang suami.

“You... bestkan percutian kita ke Perth. Lepas ni kita pergi ke Paris pulak ye. I nak you lamar I kat depan menara Eiffel tu. Mesti romantik.” Maria melentokkan kepalanya di bahu Johan sambil tersenyum sendirian. Johan tidak mengendahkan permintaan kekasihnya itu. Dia memfokuskan pemanduannya di jalan raya. Entah mengapa, percutian 5 hari di Perth itu sangat membosankan bagi dirinya.
“You... you nak I hantar you balik rumah terus ke, atau you nak singgah mana-mana?” soal Johan ketika kereta yang dinaiki oleh mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat.
“Kita balik rumah you jelah. Lagipun, I nak tayang baju baru I depan bini kesayangan you tu. Mesti dia jelouse.”
20 minit kemudian, mereka tiba di apartment milik Johan.
“You masuk dulu. I nak angkat beg-beg ni,” ujar Johan setelah membukakan kunci pintu rumahnya.
“Argghhh!!!!” Baru beberapa kaki melangkah, Johan terdengar Maria menjerit. Segera dia mendapatkan gadis yang berdiri di muka pintu dengan wajah yang pucat.
“You, kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?”
“Rumah you...” ujar Maria. Matanya seolah-olah baru melihat sesuatu yang dahsyat. Johan menyangka rumahnya telah dirompak. Segera lelaki itu menerpa masuk ke dalam. Dia tergamam seketika.
“Ya Allah... pink!” Matanya melilau ke sekeliling rumah. Dinding rumah, alas meja dan kusyen, pintu bilik, perhiasan dalam rumah... semuanya berwarna merah jambu. Dia menjengah ke segenap ruang di dalam rumah itu. Bahagian dapur, bilik air malah bilik tidur juga telah bertukar kepada tema merah jambu.
“Hai abang Johan. Abang dah balik?” soal Tiara yang tiba-tiba muncul di muka pintu rumahnya sambil mengulum sebatang lollypop di tangan. Dia tersenyum ceria ke arah suami dan tetamu mereka.
“Tiara!!!” Johan tidak dapat mengawal perasaannya lagi. Dia harus bertindak segera. Membiarkan Tiara berada di rumahnya lebih lama hanya akan menyeksa jiwanya. Dia tidak sanggup melihat apartment yang dibeli dengan duit titik peluhnya bertukar menjadi warna merah jambu.
“Minggu depan, saya akan hantar awak ke Mesir. Saya akan uruskan pengajian awak di sana. Awak akan tinggal dengan kakak angkat saya, Suzane,” lancar saja lelaki itu memberikan arahan. Dia sudah lama merancang untuk menghantar Tiara jauh daripada hidupnya. Dan kini, masa yang dinanti telahpun tiba.
“What? Mesir?” soal Tiara, agak terkejut.

Johan meletakkan briefcasenya di atas meja. Tubuhnya disandarkan pada sofa empuk di ruang tamu rumahnya. Jam telah menunjukkan pukul 9.00 malam. Tugasan yang banyak di pejabat menyebabkan Johan benar-benar keletihan.
“Awak... buatkan saya air,” seperti biasa Johan memberikan arahan. Namun kali ini, tiada sesiapa yang menyahut.
Tiba-tiba Johan tersenyum, teringatkan sesuatu. Lelaki itu lupa bahawa isterinya sudah 2 minggu berada di Mesir. Entah mengapa, dia berasa sunyi berada di rumahnya itu. Tiada lagi bayangan wajah Tiara yang tertawa riang tatkala menonton rancangan kartun kegemarannya di televisyen. Johan tersenyum lagi. Bagaimanakah gadis yang berperangai keanak-anakan itu membiasakan dirinya di negara orang? Johan merindui usikan-usikan nakal yang dilakukannya terhadap gadis itu. Dia berasa suka tatkala melihat Tiara merajuk, sebelum rajuknya hilang sebaik sahaja mendapat semangkuk aiskrim Vanilla kegemarannya. Dia kembali mengimbau zaman kanak-kanak mereka. Sikap Tiara semenjak daripada kecil hingga kini memang tidak pernah berubah sama sekali.
Johan menjengah ke dalam bilik Tiara. Anak-anak patung pelbagai saiz dan bentuk memenuhi ruang bilik itu. Dia melabuhkan punggungnya ke birai katil. Matanya tertancap pada anak patung Snow White dan Prince Charming kesayangan Tiara. Johan berkeras tidak membenarkan gadis itu membawa patung-patung tersebut bersamanya ke Mesir. Dialah yang curi-curi mengeluarkan patung-patung tersebut dari dalam beg Tiara sebelum gadis itu berangkat pergi.
“Saya rindukan awak,” ujarnya sendirian. Tiba-tiba, dia terpandang ke arah sebuah buku berwarna merah jambu yang diletakkan agak tersorok di belakang deretan anak-anak patung milik Tiara. Dengan perlahan, buku itu dicapai. Di bahagian kulit depan buku tersebut, tertulis perkataan ‘My Prince Charming’. Johan membuka kandungan di dalamnya. Dia tersenyum tatkala menatap gambar-gambarnya bersama Tiara yang menghiasi buku tersebut. Gambar-gambar mereka semasa kecil sehinggalah mereka berkahwin.

Tia dh jumpa Prince Charming Tia... Harap hubungan kami kekal selama-lamanya macam Snow White dan Prince Charmingnya...

Johan terpempan tatkala melihat kandungan terakhir dalam buku itu. Tia mencoret sebaris nota kecil di atas sekeping gambar persandingan mereka.
“Aku Prince Charming dia?”

Johan resah sewaktu berada di lapangan terbang antarabangsa KLIA. Sudah dua kali penerbangan gadis itu ditunda akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Enam tahun dia menunggu kepulangan gadis itu ke Malaysia. Entah apa rajuknya gadis itu sehingga tidak mahu pulang meskipun sudah lama menamatkan pengajiannya.
“Tiara?” Johan mengerutkan dahi saat matanya bertatapan dengan seorang gadis yang sedang menghampirinya. Si gadis tersenyum lalu mengangguk, mengiakan tanggapan Johan.
“Assalamualaikum...” sapa gadis manis yang berjubah dan bertudung litup itu.
“Waalaikumsalam...” jawab Johan, seakan-akan tidak percaya.
Malam itu, pasangan suami isteri itu menginap di rumah Datuk Johari. Datuk Johari mengadakan kenduri kesyukuran sempena menyambut kepulangan menantu tunggalnya dari luar negara. Johan tidak berpeluang untuk bercakap dengan isterinya memandangkan Datuk Johari memintanya melayan para tetamu yang hadir. Kesempatan hanya diperolehi ketika mereka berada di kamar tidur.
“Tia nampak cantik hari ni. Abang suka imej Tia sekarang.” Johan tidak teragak-agak membahasakan dirinya sebagai ‘abang’. Dia ingin memaknakan semula rumahtangga yang dibina oleh mereka lebih 6 tahun yang lalu. Kisah percintaannya dengan Maria sudah menjadi sejarah. Mereka berpisah kerana hati Johan sudah beralih arah. Namun, siapa sangka, baru sebulan berpisah, Johan mendapat sekeping kad undangan ke majlis perkahwinan Maria dengan seorang duda berpangkat datuk. Ternyata cinta Maria terhadap Johan hanya berlandaskan wang semata-mata. Kini, Johan akan berusaha untuk menyelamatkan perkahwinannya dengan Tiara.
“Tia... abang nak cakap sesuatu...”
“Awak... sebelum awak cakap apa-apa, biar saya cakap dulu.” Johan terkedu. Tiara membahasakan dirinya sebagai ‘saya’ dan Johan sebagai ‘awak’, seolah-olah cuba mewujudkan jurang di antara mereka.
Tiara meletakkan sekeping sampul surat berwarna coklat di hadapan Johan. “Tadi, saya suruh kawan saya ambilkan borang ni sebelum datang ke kenduri.” Johan memandang tepat ke wajah isterinya.
“Terlebih dahulu, saya nak ucapkan terima kasih kat awak sebab awak hantar saya ke Mesir. 6 tahun berada di negara orang membuatkan saya tersedar akan sesuatu. Selama ini, saya hanyut dalam dunia fantasi saya sendiri. Saya mengejar sesuatu yang tak pasti. Tapi sekarang, semuanya dah jelas. Saya kena kembali ke alam realiti. Oleh itu, saya dah buat satu keputusan untuk kebaikan kita berdua.”
“Maksud Tia?”
“Kita bercerai!”

Johan menyandarkan tubuhnya pada dinding bilik Tiara. Dia memandang sayu ke arah gadis yang bakal meninggalkannya sekali lagi. Tiara sempat menghadiahkan senyuman kepadanya sebelum menyambung semula kerja-kerja mengemas.
“Tia nak buang patung-patung tu? Itu kan patung kesayangan Tia.” soal Johan, kehairanan.
“Saya dah besar, dah tak main patung-patung ni semua. Saya nak dermakan kepada rumah anak-anak yatim. Lagipun, tak baik kita simpan patung-patung kat rumah, nanti malaikat tak masuk.”
Gadis itu mencari-cari sesuatu, namun tidak kelihatan.
“Tia cari ni?” soal Johan sambil menunjukkan buku yang menyimpan 1001 kenangan dalam hidup Tiara. Buku itu menjadi tatapan Johan saban malam di kamar tidurnya. Gadis itu tersipu-sipu malu sebelum mengambilnya dari tangan Johan.
“Rasanya, semua barang-barang ni saya dah kemas. Saya dah suruh orang untuk keluarkan barang-barang ni semua. Yang ini, saya nak hantar ke rumah anak-anak yatim. Yang ni pulak, saya nak bakar. Rasanya, dah tak ada makna kalau saya simpan semuanya.” Mata Johan tertancap pada kotak yang mengandungi barang-barang peribadi Tiara yang perlu dibakar. Salah satunya adalah buku ‘My Prince Charming’ milik gadis itu.
“Emm... dah sampai masanya untuk saya bergerak ke KLIA.”
“Err... biar abang hantarkan.”
Perjalanan mereka ke KLIA hanya diiringi dengan alunan muzik daripada corong radio. Tiara lebih gemar berdiam diri saat ini. Lidah Johan pula terasa kelu untuk menuturkan sesuatu. Setibanya di KLIA, kedua-duanya masih lagi membisu. Hanya pandangan sayu yang menjelaskan segala-galanya.
“Err... tu pesawat saya. Elok saya daftar masuk sekarang,” ujar Tiara, serba salah. Dia akan terbang ke Dubai, tempat yang menawarkannya pekerjaan sebagai pereka landskap.
“Tia!” panggil Johan, tidak lama selepas Tiara melangkah pergi. Langkahnya terhenti, Tiara segera berpaling.
“Masihkah ada lagi harapan untuk kita bersama semula?” soal Johan tanpa ragu-ragu. Dia ingin mendapatkan kepastian daripada insan yang dicintainya itu.
“Mungkin...” jawab Tiara, ringkas.
“Mungkin?” ulang Johan.
“Mungkin...” ujar Tiara sebelum gadis itu melangkah menuju ke balai perlepasan.
“Mungkin...” ucap Johan, sendirian sejurus kelibat gadis itu menghilang daripada pandangan.

Lama dia menadah tangan, memohon restu dan petunjuk daripada-NYA. Lewat usia 26 tahun, dia masih tercari-cari cinta sejatinya. Hari ini, di hadapan bangunan yang menjadi kiblat kaum muslimin di seluruh dunia, dia telah menemui apa yang dikatakan cinta sejati. Cinta yang mampu menjamin kebahagiaan di akhirat kelak. Cinta antara makhluk dengan penciptanya. Cinta yang ternyata lebih indah daripada fantasi cintanya sebelum ini.
“Tia, awak naik bilik dulu ya. Saya nak jumpa abi saya kejap,” ujar Umairah, rakan senegaranya yang juga bertugas di Dubai. Keluarga Umairah banyak membantunya ketika dia tiba di negara itu buat kali pertama.
“Okay. Saya naik atas dulu ya. Assalamualaikum...”
“Waalaikumsalam...”
Tiara menekan butang lif ke tingkat 13. Hatinya tergegau tatkala melihat kelibat seseorang di hadapan lif. Namun, belum sempat Tiara mengamatinya, pintu lif telah tertutup.
“Astagfirullahal’azim... Ya Allah, cubaan apakah ini?”
Dia mengeluh. Pintu lif telah tertutup sebelum sempat dia menghampirinya.
‘Ahh... mungkin imaginasi aku je.’ Johan berpatah balik ke tempat rombongan jemaahnya berkumpul. Baru 2 hari dia tiba di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah. Inilah kali kedua dia berkunjung ke Makkah. Pada mulanya, dia sekadar menemani bapanya yang telah uzur. Namun, akhirnya dia sendiri telah tertarik dengan nikmat beribadah di Makkah sehingga mendorongnya untuk pergi buat kali yang kedua.
“Berdoalah, Johan. Semoga Allah pertemukan semula jodoh Johan dengan Tiara.” Datuk Johari cuba memujuk hati anak tunggalnya itu. Bukan setakat Johan, malah Datuk Johari sendiri ada melihat kelibat Tiara di lobi hotel itu sebentar tadi. Tapi dia tidak dapat menolak sekiranya kelibat itu hanyalah imaginasinya semata-mata. Mungkin dia terlalu merindui menantunya yang satu itu.
“Tia, tunggu sini kejap. Abi nak kenalkan kita dengan rakan niaganya dari Malaysia,” arah Umairah sebelum melangkah mendapatkan Haji Basiran yang sedang berbual-bual dengan dua orang lelaki. Salah seorang lelaki berpaling ke arah gadis yang sedang menunggu di belakang mereka. Masing-masing terpaku tatkala bertatapan antara satu sama lain.
“Tia?”
“Abang Johan?”
Mereka tersenyum kegembiraan. Akhirnya doa mereka untuk bertemu kembali telah dimakbulkan oleh-NYA. Inilah fantasi yang tidak pernah disangka-sangka oleh Tiara. Namun, itulah yang diharap-harapkannya selama ini. Cinta yang diredhai oleh-NYA.
“Kita rujuk?” soal Johan, tiba-tiba. Masing-masing yang ada di situ, kecuali Datuk Johari kelihatan terpinga-pinga. Tiara tersenyum lalu menganggukkan kepalanya, perlahan.

No comments:

Post a Comment