#footer-column-container { clear:both; } .footer-column { padding: 10px; }

Tuesday, June 8, 2010

Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia. SKMM juga ditugaskan untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan on-line yang semakin berkait rapat.

Fungsi-fungsi:

  • Menyelia, mengkoordinasi dan memberikan arahan berkenaan kertas siasatan berkaitan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], Akta Tandatangan Digital 1997 [Akta 562] dan Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465];
  • Mengeluarkan izin pendakwaan bagi kes-kes di bawah akta-akta tersebut;
  • Mengendalikan pendakwaan bagi kes-kes di bawah akta-akta tersebut; dan
  • Memberikan sebarang maklumat dan maklum balas yang dikehendaki oleh (SKMM)

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Akta-akta diatas penting bagi kita untuk mengetahui apa yang menjadi kesalahan sekiranya sesuatau hak itu diciplak oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.

    by azizah md isa ~pantera tigris~

    ReplyDelete