#footer-column-container { clear:both; } .footer-column { padding: 10px; }
MySpace Graphics
zwani.com myspace graphic comments

Friday, June 11, 2010

KeBaiKaN PeRNiaGaaN iNTeRNeT

SUMBER;

http://www.caracariwang.com/bisnes-internet/kebaikan-perniagaan-internet/

Perniagaan internet mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan perniagaan konvensional yang biasa anda lihat di sekeliling anda.Ini menjadikan perniagaan internet sebagai perniagaan yang unik dan semua orang perlu mengambil peluang ini sebaiknya.Saya akan berkongsi sebahagian dari kebaikan yang ada dalam perniagaan internet ini.

1. Modal Permulaan Yang Kecil

Perniagaan internet tidak memerlukan modal permulaan yang besar seperti perniagaan konvensional.Anda boleh menjalankan perniagaan internet bermula dengan modal serendah RM 100 sehinggan RM 200.Sudah cukup untuk anda menjalankan perniagaan anda di peringkat tempatan dan antarabangsa.

2. Kos Pemasaran Yang Rendah (Percuma)

Untuk tujuan promosi hanya memerlukan modal yang kecil.Ada juga promosi yang boleh dilakukan dengan PERCUMA sahaja bergantung kepada kreativiti dan kebijaksanaan anda.

3. Potensi Pelanggan Yang Besar

Internet adalah dunia yang tidak bersempadan.Begitu juga dengan pelanggan anda.Pelanggan anda terdiri dari seluruh pelusuk dunia.Jadi perniagaan anda adalah perniagaan antarabangsa.Jika begitu , anda boleh mendapat pendapatan berlipat kali ganda di dalam perniagaan internet.

4. Tidak Memerlukan Stok & Kedai

Perniagaan Internet tidak memerlukan anda mempunyai kedai yang nyata ataupun sejumlah stok jika anda menjalankan perniagaan berasaskan produk digital ataupun perkhidmatan.Segala-galanya seperti tapak , kedai & stok berada di hosting anda.Sudah tentu menjimatkan wang anda bukan?

5. Perniagaan 24 Jam

Melalui perniagaan internet , tiada had batasan waktu operasi.Perniagaan anda beroperasi 24 jam.Pada bila-bila masa 24 jam sehari 365 hari setahun , laman web anda akan dilayari oleh pengguna internet merangkap pelanggan anda.Tidak seperti perniagaan konvensional nak terikat dengan waktu operasi.

6. Mengukuhkan Perniagaan Anda

Jika anda menjalankan perniagaan offline sudah pasti anda mempunyai pesaing disekeliling anda.Jika tidak ada sekarang pun,sudah pasti pesaing anda akan muncul pada masa yang akan datang.Jadi dengan membina laman web untuk perniagaan anda setidak-tidaknya anda berada lebih jauh dengan pesaing anda.Perniagaan anda akan lebih dikenali daripada pesaing anda.

7. Berniaga Secara Sambilan Atau Sepenuh Masa

Perniagaan internet tidak memerlukan anda untuk menumpukannya secara sepenuh masa.Anda tidak perlu berhenti kerja untuk perniagaan anda.Anda boleh melakukannya secara sambilan.Cuma beberapa jam sehari saja untuk perniagaan anda.Anda tidak perlukan pejabat atau pun kedai.Cukup sekadar di rumah saja.Apabila anda sudah cukup bersedia untuk menjalankannya sepenuh masa , baru anda buat keputusan samada mahu melepaskan kerja anda sekarang ataupun tidak.Keputusan sepenuhnya di tangan anda.

8. Tidak Perlu Berjumpa Klien

Anda tidak perlu berjumpa klien anda yang berada beribu batu dari tempat tinggal anda.Jika servis anda diperlukan , anda boleh lakukannya menggunakan email ataupun instant massager.Sudah tentu menjimatkan masa , tenaga dan yang paling penting wang anda.Menarik Bukan?

9. Perniagaan Dijalankan Secara Automatik

Anda tidak perlu berada 24 jam dihadapan komputer anda hanya kerana anda menjalankan perniagaan internet.Hampir semua perniagaan internet beroperasi secara automatik 24 jam sehari.Sedanga anda seronok bercuti perniagaan anda tetap berjalan dengan aktif.

10. Risiko Yang Rendah

Perniagaan internet meletakkan anda berada dalam risiko perniagaan yang rendah.Jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingi seperti kebakaran , malapetaka seperti banjir besar ataupun gempa bumi , sudah tentu perniagaan anda akan selamat kerana laman web tidak akan musnah disebabkan kejadian-kejadian tadi.Jika berlaku kepada perniagaan konvensional , sudah tentu anda akan mengalami kerugian yang besar.

11. Tidak Perlu Pinjaman

Anda tidak memerlukan pinjaman bank untuk perniagaan internet kerana modal permulaannya adalah rendah.Jadi anda tidak perlu pening kepala mencari bank mana yang sesuai untuk pinjaman anda.

4 comments:

  1. risiko yang rendah? ehm.. cam tak betol je.. perniagaan internet la risiko untuk ditipu tinggi.. pelanggan lari, kene scam, macam2 lagi.. kadang2 bila barang sampai pada tuan nak beli, barang rosak, kene ganti balek...

    eastbullet's blog

    ReplyDelete
  2. ok..terima kasih kerana memberi pendapat..

    ReplyDelete
  3. Kita perlu tahu setiap perkara yang dilakukan mempunyai kebaikan dan juga keburukan. Begitu juga dengan jual beli secara atas talian. Sekiranya pengguna bijak dalam membuat pilihan dengan menggunakan perkhidmatan ini kita tidak perlu risau dgn kemungkinan yang akan berlaku. Hal ini disebabkan pengguna telah memgambil langkah berjaga-jaga.

    by azizah md isa ~pantera tigris~

    ReplyDelete